Sunday, January 18, 2009

Akikah dan Adat Melayu

Assalamualaikum wbt kepada pembaca yang saya hormati... saya mulakan blog pertama saya dengan bacaan "bismillaahirrahmaanirrahim".

Sebelum itu saya ingin memberitahu kepada para pembaca, setiap post yang saya tulis dan akan tulis dalam blog ini adalah post yang berkaitan kuliah dan ilmu yang saya dapat dari majlis ilmu masjid. Bagi saya ilmu yang datang dari masjid adalah lebih berkat disamping mendapat pahala sunat berjemaah. Tujuan saya menulis blog untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian sambil mengaplikasikan ilmu yang kita ada.


Berkaitan dengan tajuk di atas kebiasaaan adat orang melayu kita mengenai kelakuan menggosok dan memainkan tangan di atas kepala adalah kelakuan yang tidak senonoh dan agak kasar kepada individu atau seseorang tersebut.. Tetapi dalam adat orang arab pula, memegang atau menggosok kepala seseorang tanda sangat hormat pada individu tersebut.

Sebab itu apabila orang arab bergaduh cepatje baik disebabkan kebaikan daripada adat gosok kepala yang mereka amalkan. Selain gosok kepala memegang janggut juga tanda hormat pada seseorang dalam adat orang arab.Agak lucu juga kalau kita fikirkan balik tentang adat mereka,tetapi itulah hakikatnya.

Akikah menjadi adat kepala orang islam sebagai tanda bersyukur kepada Allah dikurniakan seorang anak.Akikah biasanya dibuat selapas 7 hari kelahiran anak. Maksud "akikah" ialah menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.

Adakah anda tahu hikmah akikah? Saya pun baru tahu daripada kuliah magrib saya yang hadiri. Akikah diadakan adalah untuk mengambil berkat daripada orang yang datang ke majlis akikah tersebut dengan bercukur dikuti menggosok-gosok kepala anak.Dengan menggosok kepala di kepala anak, ia dapat mencedok keberkatan dan kelebihan orang lain mengalir masuk kepada anak tersebut.Orang berkat tidak semestinya orang-orang alim ulama', orang-orang awan macam kita juga ada yang berkat.


Majlis Akikah Selawat Marhaban



Hari ini orang melayu kita menganggap melayu kaya dengan adat, saya tak nafikan. Tetapi ajaran islam adalah lebih mulia, kita sepatutnya mengangkat ajaran agama yang paling atas daripada adat melayu kita sendiri. Saya kagum dengan semangat orang Melayu yang berjaya mempertahankan adat sejak turun temurun tetapi kecewa melihat terhakisnya adab, akhlak dan sensitiviti orang Melayu terhadap agama Islam yang dianuti.

Kagum dengan ketegasan orang Melayu dalam perihal-perihal adat sedangkan adab dan akhlak orang Melayu semakin hari semakin rapuh. Sedih tatkala melihat dalam upacara-upacara perkahwinan, betapa adat-adat berinai dan bersanding terus dipertahankan dan diwajibkan sementara perkara-perkara yang dituntut agama seperti menutup aurat tidak begitu diambil kisah. Di mana kedudukan adab dan akhlak Islam di dalam diri orang Melayu masa kini?

nota::
Oleh sebab ini adalah post pertama saya.. saya mengalukan-alukan kepada pembaca blog untuk memberi komen dari semua segi agar saya dapat memperbaiki post saya pada masa akan datang...berilah komen-komen membina ekk... :P..Salam ukhwah untuk anda semua. Assalamualaikum... senyum sokmo...hehe..