Thursday, February 26, 2009

Janganlah Mudah Berputus Asa

Patutkah kita manusia yang sempurna tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah mudah berputus asa bila sedikit ujian yang Dia turunkan pada kita. Orang yang mudah berputus asa tiada pegangan agama yang kukuh mudah goyah bila sedikit saje ujian yang Allah turunkan.Bahkan Allah sendiri berfirman dalam hal ini dalam Al-Quran :

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.

Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.

Dalam ujian dikurniakan jika jangan mengaku kalah,bangkit semula membina hidup anda yang lebih sempurna. Mungkin ada hikmah setiap ujian yang Dia sembunyikan dari kita.Kalau kita jatuh,bangunlah semula.2 kali jatuh 3 kali bangun,5 kali jatuh 6 kali bangun.Inilah sifat seorang muslim yang sejati. Dalam erti kata lain kita harus berusaha bersungguh-sungguh menghadapi segala halangan dan ujian.Okey sekarang saya nak kongsikan sebuah video untuk anda semua tontoni. Seorang insan yang tidak sempurna sifatnya tapi kuat semangat untuk mengecapi kehidupan.






Wednesday, February 25, 2009

Hidup Dengan Tuhan

" Hidup Dengan Tuhan - bermaksud Tuhan itu menjadi teras dalam kehidupan.Tuhan Itu diimani & dijadikan pegangan.Segala apa pun dalam hidup ini dikaitkan & disandarkan kepada Tuhan.Kita menumpang kekuatan TUHAN."

Tuhan tidak mahu kita menjadi baik atas dasar fitrah semata-mata tapi atas dasar Tuhan dan kerana Tuhan.

Fitrah ialah kehendak atau keinginan semulajadi manusia. Kehendak fitrah manusia itu, ada yang utama dan ada yang kurang utama. Yang utamanya hanya satu iaitu kehendak atau keinginan untuk bertuhan . Yang kurang utamanya banyak. Ini termasuklah keinginan untuk berkasih sayang, berkawan, suka kepada kecantikan dan keindahan, keharmonian, kedamaian, ketenangan dan keamanan serta suka kepada sifat-sifat yang baik seperti lemah-lembut, pemurah, rendah diri, pemaaf dan sebagainya.

Sebenarnya kita boleh hidup aman damai hanya dengan mengikut fitrah kita. Terutama kalau fitrah kita itu masih baik dan belum dirosak atau dicemarkan oleh suasana. Dengan mengikut fitrah seperti ini sahaja, masyarakat boleh menjadi tenang, harmoni dan bertolong-bantu. Memang itulah keinginan fitrah dan manusia akan berbuat mengikut keinginan fitrahnya itu.

Ini dapat kita lihat di dalam masyarakat orang asli yang hidup di hutan. Atas dorongan fitrah, mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan baik di antara satu sama lain. Mereka mampu mewujudkan masyarakat yang mempunyai jalinan yang rapat, bersatu padu dan berharmoni.

Di dunia lain pula terdapat masyarakat yang hidup aman damai. Kalaupun mereka ada undang-undang untuk menghukum penjenayah dan orang-orang yang membuat salah laku, mereka sebenarnya banyak terpandu oleh etika dan kod sosial atau "social code" masyarakat mereka yang telah diterima bersama. Kadang-kadang etika atau kod sosial ini terkandung di dalam budaya atau tradisi hidup mereka. Ianya tidak bertulis tetapi semua ahli masyarakat memahami dan mengamalkannya.

Etika dan kod sosial ini tercetus atas dorongan fitrah dan keinginan bersama yang mahukan ketenangan, keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat mereka.

Tetapi ini ialah kedamaian dengan fitrah, bukan kedamaian dengan Tuhan. Tuhan tidak mahu kita damai dan menjadi baik atas dasar fitrah semata-mata. Tuhan mahu kita jadi baik atas dasar Tuhan dan kerana Tuhan.

Baik seperti ini ialah baik semulajadi. Baik yang datang sendiri. Baik yang tidak diusahakan. Seseorang itu dilahirkan baik atau dia hidup dalam suasana yang baik. Maka dia pun jadi baik. Ia bukan baik kerana mujahadah atau kerana takutkan Tuhan.

Kedamaian dan kebaikan atas dasar fitrah tidak tahan diuji. Orang yang baik atas dasar fitrah atau orang yang semulajadinya baik, bila berlaku sesuatu ujian, baiknya akan hilang dan jahatnya akan terserlah. Orang yang pemarah dan panas baran; contohnya, akan tenang sekiranya keadaan tidak menekannya. Tetapi kalau dia ditekan dan disusahkan, dia akan jadi berang dan akan mengamuk. Orang yang tidak sabar dan tidak redha pula akan nampak tenang apabila semua keperluannya cukup. Tetapi kalau keperluannya berkurangan atau dikurangkan atau dia jatuh miskin, dia akan mula meracau dan mengeluh. Boleh jadi dia akan putus asa. Begitulah seterusnya.

Hidup dengan Tuhan bermaksud Tuhan itu menjadi teras dalam kehidupan. Tuhan itu diimani dan dijadikan pegangan. Segala apa pun dalam hidup ini dikaitkan dan disandarkan kepada Tuhan. Kita menumpang kekuatan Tuhan. Kedamaian, ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dicapai basil dari cinta dan takut dengan Tuhan.

Sifat-sifat baik yang tercetus pada diri individu itu adalah hasil dari mujahadah dan memperbaiki diri atas dorongan rasa takut dengan Tuhan . Sifat-sifat baik yang tercetus pada diri kita hasil dari mujahadah dan kerana kita takut dengan Tuhan, lebih kekal dan tahan diuji.

Oleh sebab kita melalui proses mujahadah, sifat-sifat tersebut tertanam dalam jiwa dan hati kita. Ia mencengkam hati nurani kita. Dia tidak hanya melekat atau tersangkut begitu sahaja pada hati kita. Kalau diuji, kita tahan. Kalau sabar, kuat sabarnya. Kalau pemurah, sangat pemurah. Masa ada, pemurah, masa tidak ada pun pemurah dan sebagainya. Oleh itu, bila kita hidup dengan Tuhan, kita mudah tenang dan sabar dengan susah dan ujian kerana kita bersandar dengan Tuhan. Kalau dalam susah dan ujian pun kita boleh tenang, maka lebih-lebih lagilah kita boleh tenang dalam kesenangan dan kemewahan.

Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia mahu diri-Nya dilibatkan sama dalam segala urusan dan masalah hamba-hamba-Nya. Tuhan seolah-olah berkecil hati kalau kita tidak libatkan Dia dalam urusan dan masalah kita. Pada Tuhan, hamba-hamba-Nya itu adalah kepunyaan-Nya. Dialah yang paling berhak untuk membantu dan menolong hamba-hamba-Nya. Janganlah kita kesampingkan Dia. Marilah kita hidup dengan-Nya.

Monday, February 23, 2009

Sajak Ingatlah Kematian

Ingatlah kematian itu
dari detik ke detik
dan dari saat ke saat

Justru itu Allah tidak janjikan kematian kita
di waktu tua

Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita
disebabkan sakit
tidak pun sakit pun boleh mati juga

Oleh itu jangan senang hati
kematian pasti kan berlaku
tunggulah kematian dari nafas ke nafas
agar kita tidak angan-angan melalaikan

Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu
karena kematian kita tidak tahu

Ingatlah mati di dalam sebarang hal
agar kita sentiasa gentar dengan Tuhan

Oleh itu bersiap sedialah usahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi

Hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak akan kembali
tersilap di dunia padahnya diterima di sana.

Mengapa kita belum pun menambah amalan
sedangkan umur makin lama berkurangan
apabila sudah sampai ke sempadan akan menyesal

Oleh itu bersiap sedialah usahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi

Hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak akan kembali
tersilap di dunia padahnya diterima di sana.

[sebuah sajak dari seorang guru sufi]
[sajak ini ditulis tahun 1997]

Sunday, February 22, 2009

Hati Yang Celik Dan Hati Yang Buta.

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana.
Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga ,Tuhan sentiasa di dalam ingatannya kalaupun ada lalainya sedikit sahaja.Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya ,dia sentiasa malu membuat dosa.Sangat sensitif dengan kebaikan.

Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa .Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya. Kuasa Tuhan menggerunkannya.Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa.

Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja.Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa.Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya.Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya.

Hari yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya.Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera.Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya.Gerun hatinya, kecut perutnya.

Apabila melihat orang susah rasa simpatinya. Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya .Sangat berkasih sayang sesama manusia. Apatah lagi yang muslimnya Hari yang hidup Akhirat sentiasa di dalam ingatannya. Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana. Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka ??? Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya. Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga .Apakah hati kita jaga atau buta? Jawapannya ada pada kita

Saturday, February 14, 2009

Memelihara Kurniaan Hidayah

Semoga Allah mengurniakan kepada kita keyakinan mengenai betapa mahalnya nikmat hidayah dan betapa tidak ternilainya nikmat iman. Bahkan tiada yang senilai dengannya daripada seluruh isi dunia ini. Hanya berrbekal keyakinan awal ini, kita dapat memiliki peribadi Muslim yang sejati. InsyaAllah.

Hidayah bermaksud penunjuk jalan. Hidayah adalah peta penunjuk ke jalan yang benar dan hanya dianugerahkan kepada hamba-hamba yang dikehendaki Allah. Allah adalah zat yang memberi petunjuk. Ini bersesuaian dengan salah satu nama indahnya iaitu al-Hadi, bermaksud yang membimbing ke jalan yang benar. Allah memberikan taufik kepada hamba-hambanya yang taat lagi soleh dan membimbing mereka ke jalan yang benar.

Hidayah adalah hak mutlak Allah, sebagaimana yang dijelas oleh Allah di dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada siapa yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk."

Hidayah Allah bagai burung yang jinak menghinggapi tangan
jika tidak dijaga dia akan terbang meninggalkan kita



Oleh kerana hidayah itu hak mutlak Allah sahaja, alangkah beruntungnya mereka yang dikurniakan hidayah oleh Allah. Fitrah sebagai manusia, kita cenderung menjaga sungguh-sungguh sesuatu yang dianggap berharga kepada kita. Sebaliknya, sesuatu yang remeh dibiarkan begitu sahaja. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh-sungguh pula kita memeliharanya.

Dengan meyakini hidayah adalah anugerah agung yang tidak ternilai, sudah semestinya kita bersungguh-sungguh menjaganya dan mengambil berat berkenaannya. Orang yang benar-benar menjaga hidayah, yakin perjalanan hidupnya di dunia ini belum tentu selamat sampai ke muara kebahagiaan akhirat, sekiranya kita tidak berbekalkan hidayah dan taufik daripada Allah. Berdoalah selalu agar Allah mengurniakan hidayah-Nya walaupun sedikit kerana ia amat berharga.

Allah sentiasa menunggu hambanya berdoa kepada-Nya jadi berdoalah selalu!!


Orang mukmin yang bertakwa, dalam mencari kenikmatan dunia yang tersedia ada, mereka tetap meletakkan dirinya dalam keredhaan Allah mematuhi perintah dan larangan-Nya. Ini supaya hidayah tidak hilang darinya. Walau bagaimana bersungguh dia mencari wang, namun dia sentiasa mengingati supaya nikmat hidayah dan taufik tidak menjadi korban. Walaupun berpeluh-peluh dia menuntut ilmu, namun dia sentiasa memastikan dirinya sentiasa berada dalam suluhan hidayah-Nya. Sebaik-baiknya dia berusaha mencari pendapatan, menuntut ilmu dan semua hal mengenai dunia, dia semakin mendekati dirinya dengan sumber hidayah iaitu Allah.

Begitulah sikap orang yang bersungguh-sungguh memelihara hidayah. Diharap kita juga begitu. Amin.....

Friday, February 13, 2009

PERUBATAN JAWI

oleh : Zakaria Mohamad

Di Malaysia kini, terkenal dengan satu kaedah perubatan yang dikenali sebagai ‘Perubatan JAWI’ iaitu suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah swt yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketetapan (kemujaraban) penawar menjadi pengangan.

Ilahiyah bermaksud bahawa segala panyakit yang berlaku datangnya daripada Allah swt dan Allah swt jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Perawatan akan lebih berkesan apabila seseorang perawat itu sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah swt. Doa adalah intipati Perubatan JAWI. Tawakal merupakan pelengkap, sementara keberkesanan (kemujaraban)dan ilmu menjadi asas tindakan.


Video Kuliah Perubatan Jawi




Alamiah ialah menggunakan sumber alami yang ada diatas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sumber alamiah menggunakan herba-herba terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah telah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad lamanya, dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

Bidang rawatan yang disediakan oleh Perubatan JAWI ini ialah terdiri daripada:1. Bekam
2. Akupuntur
3. Kiropraktik (Membetulkan tulang belakang)
4. Urut refleksologi
5. Urutan limfatik.

Manakala Perubatan JAWI mengdognos penyakit melalui cara:
1. Menilai saraf tapak tangan
2. Diognos anak mata
3. Diognos lidah dan denyutan nadi.

Apa yang menarik ialah Perawatan JAWI kini menawarkan siri pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan alternatif ini. Pihak Perubatan JAWI juga melalui syarikat Al-Wahida Marketing menyediakan pelbagai jenis ubat-ubatan yang berasaskan herba.

Thursday, February 12, 2009

Kaitan Doa dan Makanan Halal

Doa adalah senjata bagi setiap muslim, walau siapapun dia. Doa dapat membuat 'yang tidak mungkin' menjadi kenyataan. Manusia yang banyak kelemahan yang ada dalam dirinya dapat menjadi lebih baik disebabkan doa yang dia panjatkan.

Maka berdoalah wahai sahabat-sahabat ku untuk kebaikan dirimu dan untuk kesejahteraan msyarakat, jangan berdoa untuk keburukan diri atau orang lain. Terdapat adab yang dibahaskan oleh para ahli tasawuf dalam berdoa, antaranya ialah dalam keadaan suci atau berwhudu', membaca selawat, menghadap kiblat, menyebut nama Allah dan lain-lain lagi.Panjatkanlah doa dalam bahasa apa yang kamu mahu, kalau boleh, lebih baik lagi dengan bahasa Arab.

Anak kecil berdoa dengan gaya dan bahasanya sendiri. Remaja pun berdoa dengan bahasa campur mereka. Orang dewasa berdoa dengan adab yang lebih sopan, satun, dan penuh rendah hati (tawadhu'). Saat kita makin bertambah tua, saat itu selayaknya kita lebih percaya atas semua doa yang dipanjatkan. Ada doa yang terus dikabulkan oleh-Nya, ada doa yang dikabulkan beberapa waktu kemudian, dan ada doa yang sampai saat ini pun belum dikabulkan di dunia tetapi akan dikabulkan di akhirat kelak. Percayalah Allah itu Maha Adil. Teruskan berdoa kerana doa itu mengukuhkan jati diri kamu semua wahai sahabat.

Tetapi ada doa yang tidak dikabulkan oleh Allah.Kenapa tidak dikabulkan?
Ada sebabnya doa kamu tidak dikaburkan. Antara sebabnya doa tidak dikabulkan adalah berkaitan makanan haram yang telah memasuki tubuh badan kita. Apabila makanan haram yang kita makan, maka pasti doa kita akan ditolak! Walaupun ada doa dikabulkan bila makan makanan haram, yakinlah wahai sahabat itu ujian Allah! Akan ada saatnya semua kejahatan yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal, yaitu di hari akhirat!

Makanan yang halal yang masuk bahagian dari tubuh kita akan menjadi sumber tenaga baru yang sangat bernilai untuk kehidupan. Semua yang halal yang diberikan kepada anak-anak kita, keluarga kita, akan menjadi sumber inspirasi dan penyujuk mata hati untuk menggapai kehidupan yang lebih baik di dunia lebih-lebih lagi akhirat yang menanti. Sikap lemah lembut, penyayang kepada sesama sendiri, santun kepada semua orang, serta akrab kepada lingkungan sekitarnya adalah hasil dari makanan halal yang diberikan kepada mereka.


Antara Syarikat Orang Islam Memperjuangkan Produk Halal








Ada orang cakap susah nak cari yang halal sekarang? Kenaper susah! Sudah ramai orang islam kita membuat produk yang halal. Contohnya produk HPA telah mengeluarkan 145 produk keperluan harian ,bahkan akan bertambah lagi dan banyak lagi produk halal keluaran orang islam. Oleh itu, tetaplah berusaha mendapatkan yang halal, kemudian nafkahkan kepada jalan yang benar untuk mendapat barokah yang lebih besar lagi dari-Nya. Ketenangan hidup, keyakinan akan bimbingan ALLAH, rasa syukur yang mendalam atas semua karunia-Nya adalah cara yang sangat baik untuk hidup bahagia luar dalam. Hidup dalam kecukupan yang barokah, dicintai oleh semua makhluk, dan selalu berada di jalan-Nya adalah yang paling diidamkan oleh kita semua. Wallahualam [].

Monday, February 9, 2009

Pak Indon dengan sebuah radio (Cerita Inspirasi)

Ini adalah kisah lucu daripada indonesia yang boleh menjadi iktibar untuk semua.Namun disebalik kelucuan ini,kita boleh mengambil iktibar daripada cerita ini. Tapi saya juga terfikir,jangan-jangan, selama ini saya sering ditertawakan oleh orang lain seperti mana saya mentertawakan watak dalam cerita ini. Bagaimana dengan anda? Mungkin orang lain pun suka mentertawakan anda.

Anda seorang pakcik di kampung. Pakcik ini tidak boleh membaca, tetapi dia minat mendengar radio seperti jirannya.Zaman itu belum ada TV. Boleh dikatakan radio alat komunikasi paling canggih pada zaman itu.Pak cik itu belum ada radio,namun dia berkeinginan untuk membelinya satu. Pakcik itu membuat keputusan untuk pergi ke kota mencari sebuah radio. Sebelum itu pakcik itu bertanya kepada jiran tempat dan radio yang macam mana yang paling bagus.

Dia mendapat info daripada jirannya bahawa radio tempat dan radio. Kata jirannya radio yang paling bagus adalah radio sony. Dengan berbekalkan wang Rp 500.000 dan dai pun terus ke kota untuk membeli sebuah radio. Setelah berjalan ke hulu ke hilir di kota, akhirnya dia menjumpai sebuah kedai elektronik,yang sudah pastinya mempunyai radio.

Sesampainya di kedai tersebut, pakcik itu terus bertanya kepada pelayan kedai , "Ada radio Sony tak?"

Dengan ramahnya pelayan menjawab, "Tentunya ada. Silakan pilih ada berbagai model." sambil menunjukkan rak yang ada sederek radio jenama Sony.

Pakcik ini bingung mahu memilih yang mana kerana semua radio nampak bagus.

"Pakcik mahu yang mana?" tanya si pelayan.

"Saya bingung." kata si pakcik sambil terus memperhatikan sederetan radio.

"Oh, Pakcik mahu radio yang berharga berapa?" tanya si pelayan dengan ramah.

"Saya mempunya wang sebanyak Rp 500.000".jawab si pakcik.

"Oh, mungkin pakcik sesuai dengan radio ini, Harga kurang dari Rp 500.000."

"Baiklah,saya beli yang itu. Betulke ini radio Sony?"

"Betul pakcik, ini radio sony."

Setelah jual beli selesai. pakcik ini terus balik ke rumah dengan senang hati. Tetapi keesokan harinya pakcik itu kembali ke kedai tersebut dengan marah-marah..

"Kamu kata ini radio sony,tapi ternyata bukan.Kamu ingin menipu saya." Katanya dengan keras sambil menunjukkan radio.

Para pelayan takut, kerana penampilan pakcik tersebut seolah-olah seorang pendekar dengan baju silatnya. Akhirnya pemilik kedai tersebut menghampirinya.

"Ada apa yang boleh saya bantu pakcik?"

"Pelayan kamu menipu saya,katanya ini adalah radio Sony, tapi ternyata bukan.

Pemilik kedai tersebut bingung, sebab dia tahu radio itu adalah berjenama Sony.

"Betul pakcik, ini radio SOny." kata pemilik kedai tersebut menjelaskan.

"Bukan! Saat saya buka radio, radio ini berbunyi: "Inilah radio Republik Indonesia!"

Bagaimana cerita selanjutnya? Anda boleh tambah sendiri. hehe....

Kesimpulan daripada cerita tersebut Belajarlah terus menerus, kerana belum tentu ilmu kita miliki banyak dan betul.Kita terus yakin bahawa apa yang kita tahu semuanya betul sehingga segala kelakuan kita didasari daripada kenyakinan ilmu yang kita ada sekarang.Mungkin benar menurut kita kerana setakat ituje ilmu yang kita ada. Tetapi belum tentu menurut orang lain. Boleh jadi,sewaktu kita berdebat dan merasa pandai,tetapi di belakang kita, lawan debat kita menterwakan kita. Hikmah daripada cerita tersebut "Belajarlah sepanjang hanyat".
Video Panduan eBay
Video Panduan eBay