Sunday, February 22, 2009

Hati Yang Celik Dan Hati Yang Buta.

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana.
Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga ,Tuhan sentiasa di dalam ingatannya kalaupun ada lalainya sedikit sahaja.Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya ,dia sentiasa malu membuat dosa.Sangat sensitif dengan kebaikan.

Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa .Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya. Kuasa Tuhan menggerunkannya.Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa.

Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja.Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa.Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya.Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya.

Hari yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya.Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera.Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya.Gerun hatinya, kecut perutnya.

Apabila melihat orang susah rasa simpatinya. Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya .Sangat berkasih sayang sesama manusia. Apatah lagi yang muslimnya Hari yang hidup Akhirat sentiasa di dalam ingatannya. Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana. Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka ??? Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya. Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga .Apakah hati kita jaga atau buta? Jawapannya ada pada kita

Saturday, February 14, 2009

Memelihara Kurniaan Hidayah

Semoga Allah mengurniakan kepada kita keyakinan mengenai betapa mahalnya nikmat hidayah dan betapa tidak ternilainya nikmat iman. Bahkan tiada yang senilai dengannya daripada seluruh isi dunia ini. Hanya berrbekal keyakinan awal ini, kita dapat memiliki peribadi Muslim yang sejati. InsyaAllah.

Hidayah bermaksud penunjuk jalan. Hidayah adalah peta penunjuk ke jalan yang benar dan hanya dianugerahkan kepada hamba-hamba yang dikehendaki Allah. Allah adalah zat yang memberi petunjuk. Ini bersesuaian dengan salah satu nama indahnya iaitu al-Hadi, bermaksud yang membimbing ke jalan yang benar. Allah memberikan taufik kepada hamba-hambanya yang taat lagi soleh dan membimbing mereka ke jalan yang benar.

Hidayah adalah hak mutlak Allah, sebagaimana yang dijelas oleh Allah di dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada siapa yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk."

Hidayah Allah bagai burung yang jinak menghinggapi tangan
jika tidak dijaga dia akan terbang meninggalkan kita



Oleh kerana hidayah itu hak mutlak Allah sahaja, alangkah beruntungnya mereka yang dikurniakan hidayah oleh Allah. Fitrah sebagai manusia, kita cenderung menjaga sungguh-sungguh sesuatu yang dianggap berharga kepada kita. Sebaliknya, sesuatu yang remeh dibiarkan begitu sahaja. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh-sungguh pula kita memeliharanya.

Dengan meyakini hidayah adalah anugerah agung yang tidak ternilai, sudah semestinya kita bersungguh-sungguh menjaganya dan mengambil berat berkenaannya. Orang yang benar-benar menjaga hidayah, yakin perjalanan hidupnya di dunia ini belum tentu selamat sampai ke muara kebahagiaan akhirat, sekiranya kita tidak berbekalkan hidayah dan taufik daripada Allah. Berdoalah selalu agar Allah mengurniakan hidayah-Nya walaupun sedikit kerana ia amat berharga.

Allah sentiasa menunggu hambanya berdoa kepada-Nya jadi berdoalah selalu!!


Orang mukmin yang bertakwa, dalam mencari kenikmatan dunia yang tersedia ada, mereka tetap meletakkan dirinya dalam keredhaan Allah mematuhi perintah dan larangan-Nya. Ini supaya hidayah tidak hilang darinya. Walau bagaimana bersungguh dia mencari wang, namun dia sentiasa mengingati supaya nikmat hidayah dan taufik tidak menjadi korban. Walaupun berpeluh-peluh dia menuntut ilmu, namun dia sentiasa memastikan dirinya sentiasa berada dalam suluhan hidayah-Nya. Sebaik-baiknya dia berusaha mencari pendapatan, menuntut ilmu dan semua hal mengenai dunia, dia semakin mendekati dirinya dengan sumber hidayah iaitu Allah.

Begitulah sikap orang yang bersungguh-sungguh memelihara hidayah. Diharap kita juga begitu. Amin.....

Friday, February 13, 2009

PERUBATAN JAWI

oleh : Zakaria Mohamad

Di Malaysia kini, terkenal dengan satu kaedah perubatan yang dikenali sebagai ‘Perubatan JAWI’ iaitu suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah swt yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketetapan (kemujaraban) penawar menjadi pengangan.

Ilahiyah bermaksud bahawa segala panyakit yang berlaku datangnya daripada Allah swt dan Allah swt jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Perawatan akan lebih berkesan apabila seseorang perawat itu sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah swt. Doa adalah intipati Perubatan JAWI. Tawakal merupakan pelengkap, sementara keberkesanan (kemujaraban)dan ilmu menjadi asas tindakan.


Video Kuliah Perubatan Jawi




Alamiah ialah menggunakan sumber alami yang ada diatas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sumber alamiah menggunakan herba-herba terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah telah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad lamanya, dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

Bidang rawatan yang disediakan oleh Perubatan JAWI ini ialah terdiri daripada:1. Bekam
2. Akupuntur
3. Kiropraktik (Membetulkan tulang belakang)
4. Urut refleksologi
5. Urutan limfatik.

Manakala Perubatan JAWI mengdognos penyakit melalui cara:
1. Menilai saraf tapak tangan
2. Diognos anak mata
3. Diognos lidah dan denyutan nadi.

Apa yang menarik ialah Perawatan JAWI kini menawarkan siri pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan alternatif ini. Pihak Perubatan JAWI juga melalui syarikat Al-Wahida Marketing menyediakan pelbagai jenis ubat-ubatan yang berasaskan herba.
Video Panduan eBay
Video Panduan eBay