Saturday, February 14, 2009

Memelihara Kurniaan Hidayah

Semoga Allah mengurniakan kepada kita keyakinan mengenai betapa mahalnya nikmat hidayah dan betapa tidak ternilainya nikmat iman. Bahkan tiada yang senilai dengannya daripada seluruh isi dunia ini. Hanya berrbekal keyakinan awal ini, kita dapat memiliki peribadi Muslim yang sejati. InsyaAllah.

Hidayah bermaksud penunjuk jalan. Hidayah adalah peta penunjuk ke jalan yang benar dan hanya dianugerahkan kepada hamba-hamba yang dikehendaki Allah. Allah adalah zat yang memberi petunjuk. Ini bersesuaian dengan salah satu nama indahnya iaitu al-Hadi, bermaksud yang membimbing ke jalan yang benar. Allah memberikan taufik kepada hamba-hambanya yang taat lagi soleh dan membimbing mereka ke jalan yang benar.

Hidayah adalah hak mutlak Allah, sebagaimana yang dijelas oleh Allah di dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada siapa yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk."

Hidayah Allah bagai burung yang jinak menghinggapi tangan
jika tidak dijaga dia akan terbang meninggalkan kita



Oleh kerana hidayah itu hak mutlak Allah sahaja, alangkah beruntungnya mereka yang dikurniakan hidayah oleh Allah. Fitrah sebagai manusia, kita cenderung menjaga sungguh-sungguh sesuatu yang dianggap berharga kepada kita. Sebaliknya, sesuatu yang remeh dibiarkan begitu sahaja. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh-sungguh pula kita memeliharanya.

Dengan meyakini hidayah adalah anugerah agung yang tidak ternilai, sudah semestinya kita bersungguh-sungguh menjaganya dan mengambil berat berkenaannya. Orang yang benar-benar menjaga hidayah, yakin perjalanan hidupnya di dunia ini belum tentu selamat sampai ke muara kebahagiaan akhirat, sekiranya kita tidak berbekalkan hidayah dan taufik daripada Allah. Berdoalah selalu agar Allah mengurniakan hidayah-Nya walaupun sedikit kerana ia amat berharga.

Allah sentiasa menunggu hambanya berdoa kepada-Nya jadi berdoalah selalu!!


Orang mukmin yang bertakwa, dalam mencari kenikmatan dunia yang tersedia ada, mereka tetap meletakkan dirinya dalam keredhaan Allah mematuhi perintah dan larangan-Nya. Ini supaya hidayah tidak hilang darinya. Walau bagaimana bersungguh dia mencari wang, namun dia sentiasa mengingati supaya nikmat hidayah dan taufik tidak menjadi korban. Walaupun berpeluh-peluh dia menuntut ilmu, namun dia sentiasa memastikan dirinya sentiasa berada dalam suluhan hidayah-Nya. Sebaik-baiknya dia berusaha mencari pendapatan, menuntut ilmu dan semua hal mengenai dunia, dia semakin mendekati dirinya dengan sumber hidayah iaitu Allah.

Begitulah sikap orang yang bersungguh-sungguh memelihara hidayah. Diharap kita juga begitu. Amin.....

1 comment:

Anonymous said...

nicee

Video Panduan eBay
Video Panduan eBay